Selamat Datang ke Laman Web Miri Bikers, 2007 sudah memasuki bulan kesembilan,bebrapa bulan sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2007 dan akan memasuki tahun 2008,Bulan Ogos baru sahaja berlalu dan Malaysia telah meraikan ulangtahun ke 50 kemerdekaan dan MBC telah juga membuat ulangtahun yang ke 5.dengan kematangan usia kelab yang semakin bertambah,ahli kelab juga telah bertambah,namun harus diperakui bukan kuantiti yang diutamakan tetapi kualiti ahli kelab itu sendiri.Jika ahli banyak sekalipun namun sikjap mereka yang tidak mementingkan ciri ciri persahabatan dan bikers spirit,adalah amat tidak membanggakan. Oleh kerana ruang didalam tripod ini amat terhad,saya telah membuat link luar bagi gambar gambar ahli kelab dan yang berkaitan termasuklah blog dan forum yang berkaitan dengan kelab,link ini akan saya kemukakan dalam masa yang terdekat.Terima kasih kerana melayari laman web kami Sekiranya saudara ada ingin memberikan apa-apa komen,cadangan atau kritikan,sila klik gambar di atas dan tinggalkan komen di dalam album photo,dan anda boleh juga menghubungi kami melalui e-mail miribikers@yahoo.com atau menghubungi encik Faizal di talian 0168537892, . "We're not just bikers,we're Brothers" Moderator- Thrasher115..Copyright MBC 2002-2007.Last edited on 11.9.2007- CLICK BANNER FOR LINK.SUPPORT OUR LOCAL BIKERS COMMUNITY

Kisah Bermulanya Kelab..
 
Miri Bikers Club(Kelab Penunggang Motosikal Miri)secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2003di mana pada asalnya kelab ini dikenali sebagai Kelab Motosikal Jaguh Miri,di mana kesemua penunggang motosikal di dalam kelab ini terdiri daripada penunggang dan pemilik Motorsikal Jaguh. Idea penubuhan kelab ini asasnya mula dicetuskan oleh saudara Mohd Kadari atau lebih mesra dikenali sebagai (M) dikalangan ahli kelab. 
Komuniti bermotosikal di Miri tidaklah seramai komuniti motosikal yang terdapat di bandaraya Kuching dan Sibu,jika dibandingkan di Miri,komuniti penunggang motosikal adalah amat kecil jika dibandingkan dengan bandaraya Kuching dan Sibu.Dalam situasi seperi ini pembentukan sebuah kelab adalah amat penting untuk menyatukan penunggang dan pemilik motosikal agar kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti permotoran ini dapat berkumpul di bawah satu payung dan dapat merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dunia permotoran.  Setelah beberapa bulan mengumpul penunggang dan pemilik motorsikal Jaguh dan setelah beberapa pertemuan yang tak rasmi diadakan sesama penunggang motosikal Jaguh, semua yang ada pada masa itu (15 orang kesemuanya) telah bersetuju agar satu Kelab yang sah di sisi undang-undang ditubuhkan untuk mengumpulkan penunggang dan pemilik Motorsikal jaguh dapat ditubuhkan.
Memandangkan juga pada masa itu Miri agak ketinggalan dalam kelab motosikal Jaguh berbanding dengan bandar bandar lain di Sarawak, yang masing-masing telah mempunyai kelab Motosikal Jaguhnya.
Setelah selesai mesyuarat Protem yang pertama pada Jun 2003 ahli kelab telah bertambah dari semasa ke semasa di mana bukan sahaja penunggang motosikal jaguh yang menyertai kelab ini tetapi juga pemilik Motorsikal lain termasuklah Motorsikal berkuasa tinggi seperti Yamaha Virago dan Honda Shadow,Honda Steed,Harley Davidson,Kawasaki dan sebagainya, kelab juga menerima motosikal berbentuk easyrider seperti comel,nitro dan sinski.Bahkan motorsikal yang bukan berbentuk easyrider contohnya seperti TZM,skuter dan sebagainya juga digalakkan untuk memasuki kelab.Di atas pertambahan ahli yang dari pelbagai jenis motosikal ini, sebilangan ahli berpendapat agar nama kelab dijenamakan semula kepada MIRI BIKERS CLUB di mana nama kelab ini dapat menunjukkan yang terdapat pelbagai jenis motorsikal di dalam kelab ini yang bukan hanya terbatas kepada motosikal Jaguh.
 
 
 
Focus Utama Kelab.
 
Matlamat utama Seperti mana-mana kelab kelab motorsikal di Malaysia dan di tempat lain,kelab ini ditubuhkan untuk mengumpul peminat dan penggiat dunia dua roda disamping bertujuan untuk Menyemai semangat persefahaman dan kerjasama antara semua pihak tanpa mengira bangsa,agama dan kedudukan dan menunjukkan semangat bikers iaitu "We all not just bikers,we are brothers".
Juga dapat membimbing ahli bikers tatatertib dan disiplin di jalan raya. jadi dapat memupuk semangat muhibah dan perpaduan
Disamping itu dengan penubuhan kelab,ahli-ahli yang ada dapat memberi buah fikiran dan bertukar idea mengenai jentera masing masing yang sememangnya setiap ahli inginkan jentera miliknya kelihatan hebat, custom dan lain dari yang lain, agar dapat mewujudkan dan wewarnakan scene dunia permotoran negara umumnya.
 
 
Kegiatan yang dilaksanakan.
 
  1. Kelab telah mengadakan pelbagai aktiviti semenjak penubuhannya,kelab bukan sahaja telah berkonvoi ke pekan pekan sekitar bandaraya Miri iaitu ke Batu Niah,Bekenu,Beluru,dan Kuala Baram bahkan telah berkonvoi ke Limbang semasa pesta Limbang dan ke Mukah semasa Pesta Kaul di mana pada masa tersebut kelab-kelab Motosikal dari Sibu ,Kuching dan bintulu pun turut serta.Kelab juga telah berkonvoi ke bandaraya Kuching bersama bikers bikers dari Bintulu.kepada bikers-bikers dari semenanjung terutamanya yang belum pernah bermotosikal di lebuhraya di bumi kenyalang kami amatlah menjemput bikers bikers semua berkonvoi di sini,suasana persekitaran,jalanrayanya amatlah mencabar berlainan dengan lebuhraya di semenanjung..
  2. Kelab juga sering dijemput untuk mengiring pengantin dalam majlis perkahwinan atau keramaian setempat.Majlis-majlis ini ada yang berbentuk rasmi atau sebaliknya contohnya seperti perarakan hari bandaraya, penutupan bulan bahasa,Gerak Kembara Bahasa,dan sebagainya.Ahli kelab yang terlibat biasanya mengikut dengan sukarela di mana aktiviti yang dilakukan ini untuk tujuan keseronokan masing masing dan sekadar mengisi masa lapang.

 

kahar1x.jpg